Friday 18 January 2013

cara2 tekan tubi yg betul..

SALAH 1 CARA-CARA TEKAN TUBI DENGAN BETUL
Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar.

1. Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Bahagian torso badan diturunkan
secara mendatar ke lantai. Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu. Pada waktu ini bahagian
tulang-tulang ditangan digunakan untuk menahan berat badan kita.

2. Selepas itu kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk menolak badan kita
ke atas.Akan berlaku pengembangan dan pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami
pergerakan.

3. Tangan telah dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah sepenuhnya
mengangkat beban badan kita sendiri. Bersedia untuk menurunkan badan secara mendatar. Pastikan
bahagian pinggang dan kaki di kunci atau tidak digerakkan.

4. Bahagian hadapan dan belakang badan di gunakan untuk menolak badan ke bawah secara mendatar.
Bahagian tangan kita sepenuhnya digunakan untuk menahan berat badan kita sendiri ketika kita
menurunkan badan secara mendatar ini..
 
info d share bersama Aiza Jutawan-fjc admin..
 

No comments:

Post a Comment