Thursday 1 November 2012

MITOS LATIHAN BEBANAN 5


MITOS LATIHAN BEBANAN 5
"Saya ada semput, saya tak boleh nak bersenam takut semput"
"Saya dah tua, saya tak perlu bersenam lagi"

Sebenarnya semua orang akan menghadapi tua. Tapi pernahkah kita rancang untuk mengharungi hari tua? Sebenarnya umur kita terbahagi kepada 2 iaitu
...
a) Chronological age = Umur ikut kalender dan akan meningkat setiap
tahun
b) Physiological age = Umur bagi sistem dalam badan

Untuk lebih memahamkan anda semua, mari kita lihat orang-orang disekeliling kita. Mari kita kumpulkan orang yang berumur 50 tahun di sekeliling kita. Adakah anda perasan mereka terbahagi kepada 4 kumpulan? Mari kita lihat
i) yang masih aktif (boleh berlari, boleh melakukan pergerakan fizikal)
ii) yang boleh menjalani kehidupan seharian sahaja (tapi tak larat nak lakukan aktiviti fizikal)
iii) yang dah x mampu melakukan pergerakan fizikal
iv) yang dah terlantar di atas katil disebabkan penyakit.

Jadi adakah anda telah merancang untuk menjadi kumpulan yang mana?.....

Saya ingin berkongsi dengan anda. Sebelum saya berkahwin, mak saya mengalami sakit kaki sehingga menggunakan tongkat. Jadi, setelah berkahwin, saya meminta isteri saya memujuk mak saya untuk berlatih bersama. Setelah 3 bulan menjalani latihan, Alhamdulillah mak saya sudah tidak menggunakan tongkat lagi. Kenapa ini berlaku?


Otot biceps menarik tulang radius

Otot biceps dalam keadaan relaks

Begini, setiap pergerakan menggunakan otot yang dilekatkan ke tulang melalui tendon. Jadi otot ini terdiri banyak sel di dalam fibernya. Apabila kita melakukan senaman, sel-sel ini akan aktif terutama sel yang dikenali sebagai mithochondria (power house) bagi menghasilkan ATP + PC yang mengeluarkan tenaga. Semakin kita berumur, kepadatan otot (lean mass) akan berkurangan dan ini juga akan menyebabkan sel-sel tersebut juga kurang. Proses ini dipanggil SARCOPENIA (muscle loss). Tapi jika kita terus berlatih, kita akan dapat meningkatkan dan mengekalkan otot kita agar ianya berada di tahap yang optimum mengikut usia kta.

Jadi latihan bebanan banyak membantu untuk mengekalkan otot agar sentiasa padat (lean mass). Bagi warga emas pula yang telah mengalami sakit-sakit sendi, apabila mereka melakukan latihan, satu perubahan akan berlaku. Mereka akan merasakan diri mereka lebih cergas dan ada diantara mereka hilang sakit sendi disebabkan oleh otot mereka menjadi lebih kuat sekarang.

Jadi, apa lagi?... Jom kita melakukan senaman agar dapat meningkatkan kualiti hidup. Tapi pastikan senaman yang anda lakukan itu adalah bersesuaian dengan anda. Dapatkan nasihat daripada pakar di dalam bidang kecergasan ini.

2 comments:

  1. Protein untuk bina badan Cyto Gainer & Cell Mass harga promosi segera call 0146001480 Eddi

    ReplyDelete